Sunday, 30 December 2012

Kekasih Yang Setia - Bab 1



 Keluhan panjang dilepaskan. Penat sungguh rasanya. Puas sudah dia cuba memujuk ibunya, namun sia-sia sahaja taktiknya langsung tidak berkesan. Sudahnya Adriana menarik muncungnya membuktikan bahawa dirinya sedang protes.
  Otaknya ligat  berputar memikirkan alasan apa lagi yang harus diberikan agar ibu menunaikan permintaannya yang satu itu.
  "Hai adik, kenapa muka macam kucing hilang anak je tu?" Tegur Amar yang entah dari mana munculnya.
  'Abang ni bukan muka kucing hilang anak tapi muka Adriana hilang akal nak pujuk ibu kita tu.' Getus hati Adriana sambil menayangkan muka seposen memohon simpati daripada Amar.
  "Ibu kenapa dengan adik tu?" Soal Amar setelah soalannya dibiarkan tanpa jawapan oleh Adriana.
  "Ana nak keluar kejap." Bingkas Adriana bangun mencapai topinya. Dia harus keluar mencari ketenangan. Dia mengorak langkah menuju pantai, itulah satu-satunya yang mampu melegakan perasaannya apabila dilanda kegusaran. Bunyi ombak menghempas pantai menandakan dia sudah menghampiri pantai.
Adriana berjalan menyusuri gigi air, matanya melihat kakinya yang sudah dibasahi air membuatkan hatinya sedikit tenang. penat berdiri Adriana memilih untuk duduk dekat kayu mati tempat dimana dia sering berehat bersama sepupu dan rakan baiknya.
  "Hoi mak cik ! Jauh temenung, sampaikan aku datang pun tak sedar." tempelak Afida.
Adriana yang tersentak terus mengurut dada akibat terkejut. "Kau kalau dah tak sayang aku cakap tak payah nak bunuh aku secara mengejut macam nih." Marah Adriana dengan sikap rakan baiknya itu.
  "Alah... Janganlah marah mak cik. Sorry ya." Pujuk Afida
  "Yang kau ni dari mana.? Mana kau tau aku dekat sini? Firdaus pakwe kau tu mana? Tak nampak batang hidung pun." Adriana menghadiahkan Afida soalan bertubi-tubi membuatkan dia tertawa.
  "Amboi soal mengalahkan polis berdas-das. Aku dari rumah kau tadi, ingat nak bincang pasal tawaran belajar tu. Ibu kau cakap kau tak ade dekat rumah tu yang aku cari kau dekat sini. Mana lagi kau nak pergikan selain pantai ni kan?"
  "Fida, aku rasa pasal tawaran tu aku terpaksa tolak. Jadi kau pergi Daus je lah."
  Adriana bangun menghadap pantai. Angin menampar mesra pipi mulusnya. Afida bangun membontoti Adriana. Afida merasakan ada sesuatu yang mengocak jiwa sahabatnya dikala ini. Dan tugasnya adalah menemani dan mendengar luahan hati Adriana.
  "Kau akan ikut aku dengan Fida. Kau dah janji kita bertiga takkan terpisah. Sekarang ni kau nak mungkiri janji yang kau dah buat." Adriana tersenyum mendengar kata-kata itu. Suara yang cukup dikenalinya.
  "Aku tak pernah lupa janji kita yang satu tu. Tapi keadaan aku terlalu memaksa jadi aku terpaksa."
  "Kau terpaksa apa? Kau dah mungkir janji, kau tau apa hukumnya mungkir janji? Kau jahat Ad. .!
  Adriana mencerlang memandang Firdaus. Sanggup kau buat aku macam ini. Aku tak sangka sanggup kau cakap macam tu dengan sepupu yang kau dah anggap macam adik sendiri. Kau tak faham Fir aku tersepit antara kasihankan ibu aku dan kasihkan korang sahabat-sahabat aku. Jahat? Kalau itu tanggapan kau terhadap aku, apa lagi aku nak buat.
  "Jangan cari aku lagi." Bentak Adriana lalu mengatur langkah. Tidak betah lagi dia harus mendengar kata-kata sepupunya yang menjerut tangkai hatinya. 
  Afida yang melihat lintas langsung 'perang saudara' itu sedikit terkejut dengan tindakan Firdaus. Sedangkan dia tahu Adriana dan Firdaus ibarat isi dan kuku. Bahkan ada yang menjangkakan mereka adalah pasangan kembar. "Apa yang awak cuba buat ni Fir?" Soal Afida.
  "I know what I'm doing. Awak tunggu dan lihat je." jawab Firdaus lalu berlari mengejar Adriana yang pantas meninggalkan pesisir pantai.
  Firdaus pantas mengejar Adriana. Dia harus memohon maaf segera sebelum Adriana merajuk lebih teruk.Ad. .Ad. . kau ni nampak je brutal tapi cepat jugak kau touching. Aku saja je test kau tadi.
----------------------------------------------------------------------------------
  "YA betul tadi tu aku bergurau je. Aku tak de niat nak sakitkan hati sepupu aku ni." Firdaus mengetip hidung mancung Adriana membuatkan gadis itu terjerit kecil. Afida tersenyum melihat gelagat dua saudara itu.
  "Tu lah terkejut jugak aku tengok 'lintas langsung' korang bergaduh tadi.Dan tak ku sangkadan tak ku duga, dak Ad ni boleh touching cam tu sekali, kalau Fir tambah sekit lagi mau menangis Ad tadi."
  "Kurang perahan asam limau punya kawan. Aku tak nak cakap  dengan korang 5 minit." Adriana menarik muncung empat belas mengudang tawa Afida.
  "Mampu ke kau bertahan selama 5 minit tu? Setahu aku kalau seminit tak bercakap dengan kita orang berdua ni mati kutu la jawabnya. Aku dah bincang dengan Mak Su dia dan setuju tapi dengan syarat kau kena tinggal dengan Kak Arissa." Terang Firdaus.
  "What? Oh no. . Kak Arissa kakak aku tu?" Soal Adriana lagak seperti orang dungu.
  "Yelah tak kan Arissa anak Cik Yah yang umur 6 tahun tu. Kau ni agak-agak lah." Jawab Afida.
  " Fir, Fida korang kan tahu macam mana hubungan aku dengan Kak Arissa. Aku tak rasa dengan akan bagi aku tinggal dengan dia."
  "Yang tu kau jangan risau sebab tadi aku dah dengar Mak Su bincang dengan Kak Arissa. Dia tak kisah kau tinggal dengan dia." Terang Firdaus.
  "Aku sorang? Kau? Fida?"
  "Aku cari rumah sewa lah dekat sana. Bad news Afida terpaksa tinggal.." Firdaus berjeda membuat Adriana mengeluh panjang kerna dia sudah menjangkan jawapan buruk itu.
  "Afida tinggal dengan kau lah. Kalau nak tinggal dengan aku pun takde hal." Jawapan Firdaus dihadiahkan cubitan kecil dari Afida.
  "Wahh. .Alhamdulilah lega aku. Aku tak sanggup tinggal sorang dengan Kak Arissa."
  "Okay segala kekusutan dah diselesaikan.Sekarang ni aku nak balik packing barang." Firdaus bangun meninggalkan Adriana dan Afidah.
  "Kau macam tak kenal sepupu kau tu, esok nak betolak hari ni baru nak prepare  tulah perangai lelaki." Afida membebel seperti ibu yang memarahi anaknya.
"Sebenarnyakan. .  ."Adriana tersengeh seperti kerang busuk. "Aku pun tak siap packing lagi barang-barang aku."
"Ya Allah Ad. . . Kau ni, memang patutlah orang gelar kau dengan Fir tu kembar memang perangai korang sama 'copy and paste' sebijik."
"Hehe janganlah marah Fida. Jom kita lumba lari balik rumah aku. Siapa kalah kena kemas barang aku. Deal ?
"Ok no hal kalau kau kalah kau belanja aku ais-cream." 
------------------------------------------------------------------------------------------------
  USAI solat magbrib Adriana mengambil keputusan untuk turun ke bawah. Seperti kelazimannya dia akan membantu ibunya menyediakan makan malam. Adriana tersenyum melihat beg pakaiannya sudah rapi. Afida yang tewas dengan olahragawati pecut sekolah terpaksa menerima imbalan mengemas barang Adriana. Ketika menuruni anak tangga dia melihat sekujur tubuh di atas sofa.
  'Lewat pulak abang balik hari ni. Ni mesti belum mandi lagi ini.' Getus Adriana di dalam hati. Adriana mengamati wajah abangnya kepenatan jelas terpancar. Adriana mengambil keputusan membangunkan abangnya sebelum ibu melihat keadaan abangnya yang masih belum mandi pasti bising ibu dibuatnya. Adriana tersenyum lebar apabila mendapat satu akal.
"Abang. . .bangun bang ibu sakit bang. . .." Adriana menjerit menggoncang tubuh Amar.
Amar yang terkejut dengan teriakan Adriana turut sama menjerit. "Haaa ibu, ibu adik call ambulans. . ."
  Puan Anis yang berada di dapur turut terkejut dengan teriakan dua beradik tersebut. Dia belari ke arah ruang tamu. Risau sesuatu yang buruk menimpa kedua anaknya.
"Astarfirulahalazim. . . Apa dah jadi dengan kamu berdua ni?" Tanya Puan Anis apabila melihat anaknya yang tak ubah orang hilang akal. Adriana yang ketika itu sedang rancak ketawa mengekek terus diam membatu apabila menyedari kehadiran ibunya.
"Astarfirulahalazim. . .  Adik apa ni?" Amar meraut rambutnya ke belakang.
"Opps sorry bang, orang gurau je tadi. Janganlah marah ya. Peace !" Adriana menunjukkan dua jarinya tanda berdamai.
"Ya Allah ada-ada saja korang ni. Boleh sakit jantung ibu dibuatnya. Amar Saiful pergi mandi,solat dan awak Sarah Adriana tak reti nak tolong ibu kat dapur. Marah Puan Anis. Puan Anis kembali ke dapaur meninggalkan anak-anaknya. Adriana berdiri di samping Amar sambil menopang lengannya di bahu abangnya itu.
"Itulah ibu asal marah je habis penuh nama kita dia sebut, nasib tak bin dengan binti sekali. Betul tak bang ?" Soal Adriana.
"Aaah betul tu dik. . Eeeh dah cukup pergi tolong ibu tu, abang nak mandi ni dah masam semacam badan ni. . ."
"Tulah dari tadi lagi orang nak cakap, tapi tak sampai hati. ." Selorah Adriana
Amar menarik hidung mancung Adriana menyebabkan Adriana mengaduh kesakitan. Begitulah keakraban dua adik-beradik. Amar berlalu meninggalkan adiknya, dia harus segera pergi sebelum ibu membebel lagi. Sementara itu Adriana mengambil langkah menuju dapur.

Thank You! Datang Lagi :)

Kekasih Yang Setia - Watak Perwatakan


Watak Perwatakan

Sarah Adriana
  • Seorang gadis yang agak agresif.
  • Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.
  • Dibesarkan tanpa kasih seorang bapa.
  • Teman rapat kepada Firdaus dan Afida.

Zakwan Rahimi


  • Romeo popular di kampus.
  • Anak Datuk Rizman & Datin Mastura
  • Jatuh cinta pandang pertama dengan Adriana.
  • Menjadi rebutan Irdina.


Irdina Natasha


  • Anak tunggal Datuk Kamarul & Datin Rubiah,
  • Seorang yang manja dan pendendam,
  • Mencintai Zakwan namun cintanya ditolak.
  • Rakan sekutu Fariz Iskandar.
Fariz Iskandar


  • Seorang yang licik dan pendendam.
  • Menyimpan seribu satu rahsia.
  • Anak sulung Datuk Rizman.
  • Memyimpan rasa terhadap Irdina.
Nurin Afida & Firdaus Shah


Nurin Afida
  • Rakan baik Adriana.
  • Buah hati Firdaus
Firdaus Shah

  • Sepupu merangkap sahabat baik Adriana.
  • Penyatu hubungan Adriana & Zakwan

Thank You! Datang Lagi :)